CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 22, 2010

Zamizan's Collection

Zamizan's Collection, butik online yang ada menjual tudung 'instant' yang mudah pemakaiannya. Ketika ini, jualan tudung adalah spesifik kepada tudung jenis 'twist' jenama NuNuh yang mula mendapat tempat di hati muslimah kerana kualitinya yang tinggi, namun pada harga yang mampu milik.

Harapan kami agar butik ini akan berjaya dan mempunyai rangkaian produk yang lebih banyak untuk memenuhi gaya muslimah trendy.


klik sini:

Wednesday, May 19, 2010

Amanah perlu dilaksanakan...

Dah lama aku tak update blog ni.. Emm..nak mulakan dengan apa ye...

16 Mei yang lalu..satu tarikh keramat dalam hidupku..Hari Guru..bukan itu saja, tahun ini adalah pertama kali aku menyambut ulang tahun perkahwinanku...
Rupanya setahun telah berlalu...Asam garam rumah tangga ku, macam orang lain juga...tentu ada manis dan masamnya.. pelengkap rasa..cuma perlu diingatkan dalam diri agar saling memahami dan bertolak ansur...

Terima kasih suami ku kerana memberi ruang dan peluang untuk ku bergelar seorang isteri, menjadi permaisuri hati mu... Moga istana kita ini akan tersergam indah sentiasa dan diserikan dengan putera-puteri yang mendamaikan hati...

Sehari setelah anniversary kami...suamiku pulang ke negeri asalnya. Dan aku kembali menjadi pelajar, terpaksa tinggal di asrama, tatkala pelajar lain pulang ke pangkuan keluarga... Mujur ada sekelumit keberanian dalam diriku..cuma masalah kesunyian sahaja yang membelenggu... baru tiga hari aku di sini, perasaan ingin pulang meluak-luak... Namun..akal mengingatkan..ada amanah yang perlu dilaksanakan... cuma tinggal empat bulan lagi untuk ku menyempurnakan thesis ku.. sempat ke..?? sempat atau tidak..perlu disiapkan juga...perlu disiplinkan diri...

Although..I miss my job.. I miss my students..I miss my colleagues...