CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 11, 2009

anak burung raja udang










anak burung raja udang.trsesat kat dpn umah...
ni bbrp gambar2 yg sempat dirakam sblm anak burung ni terbang....
anak burung ni agak sporting, sbb lama jgk dia posing bg pos yg pelbagai sbgi model aku hari ni...hehe....cantik...








Wednesday, October 7, 2009

Kerabu Kacang Kelisa (Kcg Botol)

Bahan-bahan:



8-10 bj kacang kelisa (kcg botol)
1/2 kuntum bunga kantan
1/2 bj bawang besar
1/2 bj tomato
1/2 bj limau nipis
1 ekor ikan kembung
2 bj cili merah
1 cwn air
1 sudu besar kerisik
garam
gula



Cara-cara:
  1. Masukkan ikan, air dan sedikit garam ke dalam periuk, masak hingga mendidih. Air hendaklah sekadar setakat menenggelamkan ikan. Ambil isi ikan.
  2. Tumbuk cili merah, isi ikan, kerisik, gula dan garam.
  3. Hiriskan kacang kelisa (kcg botol), bunga kantan, bawang besar dan tomato.
  4. Campurkan bahan tumbuk dengan bahan yg dihiris tadi ke dalam mangkuk. Masukkan air rebusan ikan dan perahan limau nipis. Gaul-gaulkan bahan tersebut dan hidangkan.

Monday, October 5, 2009

Puding Jagung

Hari ni teringin nak makan makanan manis... jd ptg td saya masak puding jagung.. best... ^_^
bagi kat mertua sket...
senang je nak membuatnya.....

Bahan-bahan:

1 tin jagung manis
1 bungkus agar-agar (12g)
3 sudu tepung kastard
1 cwn susu cair
3 cwn air
6 sudu gula
sedikit garam



Cara-cara:
  1. Masak agar-agar, air dan gula hingga larut.
  2. Sementara itu, campurkan tepung kastard ke dalam susu cair, kacau2kan agar sebati. Tapiskan.
  3. Masukkan jagung manis, campuran tepung kastard tadi dan sedikit garam.
  4. Kacau hingga pekat. Tuangkan ke dalam bekas, dan sejukkan.






Thursday, October 1, 2009

Sup Petola


Bahan-bahan:

3 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
1 bj petola
1/2 bj lobak merah
2 bj ubi kentang
1 bj jagung muda
1 bj telur ayam
2 gelas air
daun sup dan daun bawang
minyak
garam


Cara-cara:

  1. Hiris bawang putih dan tumiskan dengan minyak. Setelah agak garing, masukkan ikan bilis dan kemudian air.
  2. Masukkan ubi kentang yang telah dibelah empat.
  3. Masukkan hirisan lobak merah, petola dan jagung muda.
  4. Setelah mendidih dan ubi kentang hampir empuk, masukkan garam.
  5. Perlahankan api dan masukkan telur. Setelah telur masak, boleh lah dihidangkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup.

Wednesday, September 30, 2009

Ayam Goreng Kicap


Bahan-bahan:

sebelah dada ayam (dipotong-potong)
10 bj cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (hiris)
1/4 inci halia (hiris)
4 sudu kicap manis
3 bj cili padi
2 sudu kecil serbuk kunyit
minyak
garam


Cara-cara:
  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga 3/4 masak dan alihkan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang putih dan halia, cili kering yang telah dikisar dan bawang merah kisar.
  3. Masukkan cili padi yang telah dihiris dan kicap cair.
  4. Masukkan ayam goreng tadi, perasakan dengan garam.

Udang Goreng Berlada


Bahan-bahan:

15 ekor udang bersaiz sederhana
10 bj cili kering
5 ulas bawang merah
3 sudu besar sos tomato
2 sudu kecil serbuk kunyit
minyak
garam


Cara-cara:

1. Gaulkan udang dengan serbuk kunyit, gorengkan dan angkat.
2. Kisar cili kering dan bawang merah, tumiskan hingga garing.
3. Masukkan sos tomato dan udang yang telah digoreng tadi.
4. Perasakan dengan garam

Masak Lemak Kobis

Bahan-bahan:

50g santan
1/4 bj kobis
1/2 bj lobak merah
1 bj bawang besar
1 bj cili merah
2 gelas air
segenggam ikan bilis
garam



Cara-cara:
  1. Masukkan santan, air, hirisan kobis, lobak merah, bawang besar dan ikan bilis ke dalam periuk. Kacau-kacaukan hingga mendidih dan masukkan hirisan cili merah dan garam.

Nasi Goreng Kampung (Tepi Pantai)



Bahan-bahan:-
2 mangkuk nasi putih
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 btg kacang panjang
1/2 bj lobak merah
3 bj cili padi
2 ekor sotong
ikan bilis goreng
minyak
garam

Cara-cara:-
  1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah.
  2. Masukkan sotong yg telah dipotong-potong.
  3. Kemudian, masukkan lobak merah (dipotong dadu), dan kacang panjang (dihiris), serta cili padi. Masukkan garam.
  4. Masukkan nasi putih, gaulkan rata.
  5. Hidangkan dengan ikan bilis goreng.


Nama masakan ni husband saya yg beri...sbb saya masukkan sotong dlm masakan ni...

Sotong Goreng Kunyit Dengan Kentang

Bahan-bahan:-

4 ekor sotong saiz sederhana
1 bj kentang
3 ulas bawang putih
1 bj bawang besar
3 bj cili padi
1 sudu kecil kunyit serbuk
minyak
garam

Cara-cara:
1. Kupas kulit kentang, hiris nipis2, goreng dan alihkan.
2. Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Tumiskan hirisan bawang putih.
3. Hiris sotong dan masukkan dalam kuali, diikuti hirisan bawang besar, cili padi dan serbuk kunyit.
4. Setelah sotong hampir masak, masukkan hirisan kentang goreng tadi. Perasakan dengan garam.







selalunya, kalau sotong, saya akan buat sambal sotong..tapi kali ni saya masak dengan resepi yang mudah dan cepat saje dah siap..sesuai kalau kesuntukan masa...

Thursday, September 24, 2009

Tomyam Ayam

Bahan-bahan:

1 paket pes tomyam
sebelah dada ayam (dipotong2)
1 btg serai dititik
4-5 helai daun limau purut
3 bj cili padi
1/2 btg lobak merah (hiris)
1/4 bunga kobis (hiris)
3 bj putik jagung (hiris)
1 bj bawang besar (hiris)
1 bj limau nipis
1 l air
minyak utk menumis
garam

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan pes tomyam sehingga naik bau
2. Masukkan air dan ayam, serai, daun limau purut, dan cili padi
3. Masukkan hirisan lobak merah, bunga kobis, putik jagung dan bawang besar
4. Perasakan dengan garam dan jus dari limau nipis. Setelah mendidih, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

heart..


mencipta kenangan ketika brjln2 di Pantai Miami, Batu Feringghi...