CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 11, 2009

anak burung raja udang










anak burung raja udang.trsesat kat dpn umah...
ni bbrp gambar2 yg sempat dirakam sblm anak burung ni terbang....
anak burung ni agak sporting, sbb lama jgk dia posing bg pos yg pelbagai sbgi model aku hari ni...hehe....cantik...








Wednesday, October 7, 2009

Kerabu Kacang Kelisa (Kcg Botol)

Bahan-bahan:



8-10 bj kacang kelisa (kcg botol)
1/2 kuntum bunga kantan
1/2 bj bawang besar
1/2 bj tomato
1/2 bj limau nipis
1 ekor ikan kembung
2 bj cili merah
1 cwn air
1 sudu besar kerisik
garam
gula



Cara-cara:
  1. Masukkan ikan, air dan sedikit garam ke dalam periuk, masak hingga mendidih. Air hendaklah sekadar setakat menenggelamkan ikan. Ambil isi ikan.
  2. Tumbuk cili merah, isi ikan, kerisik, gula dan garam.
  3. Hiriskan kacang kelisa (kcg botol), bunga kantan, bawang besar dan tomato.
  4. Campurkan bahan tumbuk dengan bahan yg dihiris tadi ke dalam mangkuk. Masukkan air rebusan ikan dan perahan limau nipis. Gaul-gaulkan bahan tersebut dan hidangkan.

Monday, October 5, 2009

Puding Jagung

Hari ni teringin nak makan makanan manis... jd ptg td saya masak puding jagung.. best... ^_^
bagi kat mertua sket...
senang je nak membuatnya.....

Bahan-bahan:

1 tin jagung manis
1 bungkus agar-agar (12g)
3 sudu tepung kastard
1 cwn susu cair
3 cwn air
6 sudu gula
sedikit garam



Cara-cara:
  1. Masak agar-agar, air dan gula hingga larut.
  2. Sementara itu, campurkan tepung kastard ke dalam susu cair, kacau2kan agar sebati. Tapiskan.
  3. Masukkan jagung manis, campuran tepung kastard tadi dan sedikit garam.
  4. Kacau hingga pekat. Tuangkan ke dalam bekas, dan sejukkan.






Thursday, October 1, 2009

Sup Petola


Bahan-bahan:

3 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
1 bj petola
1/2 bj lobak merah
2 bj ubi kentang
1 bj jagung muda
1 bj telur ayam
2 gelas air
daun sup dan daun bawang
minyak
garam


Cara-cara:

  1. Hiris bawang putih dan tumiskan dengan minyak. Setelah agak garing, masukkan ikan bilis dan kemudian air.
  2. Masukkan ubi kentang yang telah dibelah empat.
  3. Masukkan hirisan lobak merah, petola dan jagung muda.
  4. Setelah mendidih dan ubi kentang hampir empuk, masukkan garam.
  5. Perlahankan api dan masukkan telur. Setelah telur masak, boleh lah dihidangkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup.