CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 19, 2011

Cabaran minggu ke 5 hingga kini...

Dalam sehari, beberapa kali aku muntah...pagi confirm.. tengahari depends..kalau makan lalu, ada selera, insyaAllah tak muntah..tapi berapa kali je yang aku ada selera pun..selalunya nasi separuh pun tak pernah habis sejak  mengandung.. Bila hari menjangkau senja dan malam.. badan jadi letih semacam..dan mula lah muntah2 balik... sampai la sebelum tidur.. Baru ku tahu..susahnya mengandung.. tanya kawan2, ada yang tak merasa langsung pengalaman muntah2 tu.. rilek jer... jeles pulak dengar..hehe.. tapi, tak apalah..mungkin ini dugaan untuk ku ketika mengandung... harap2 tak berpanjangan..dan tak teruk.. Bab makan tu, paksa diri jugak lah untuk makan..sebelum ni, aku tak demand sangat makan sedap..tapi masa mengandung ni..kalau tak sedap, aku kuis2 sesuap dua je.. nak masak sendiri tak larat.. tapi kadang2 kalau aku larat, masak lah jugak weekend.. ataupun, kalau nak makan sedap, tapi tak nak penat, makan umah mak atau mentua.. huhu...weekend je lah..

Friday, April 1, 2011

Pening Kepala dan Demam


Selama dua malam aku demam dan pening2.. kena hujan kot fikirku. Untuk nak bagi demam kebah, aku just letak tuala basah je kat kepala dan pakai selimut tebal2 masa tidur.. pening sikit2 tu mintak tolong encik suami picit2 je..memang tabiat aku macam tu.. cuba rawatan sendiri dulu, kalau tak berjaya barulah nak pergi klinik dan makan panadol ke.. tak suka bergantung pada 'drugs' sangat.. mujur la bila siang, demam tu dah kebah..boleh pergi kerja macam biasa..tapi yang hairannya malam2 je jadi, siang dah baik..mungkin hasil rawatan tradisional tu kot..hehe... Tapi, bila masuk hari ketiga, aku rasa sakit kepala ku sangat kuat, tunduk je sakit, toleh pun sakit. Tapi demam dah kebah.. Mengadu kat encik suami..encik suami pun berbesar hatilah nak bawak pergi klinik, dah alang-alang dia bercuti hari tu.. Aku ni separuh hati je nak pergi sebenarnya, nanti kalau doktor cek kata tak demam pun (memang suhu dah turun masa ni), nanti doktor tu ingat aku sakit 'M' pulak... hehehhe..tau ke sakit 'M' tu apa? alaa..sakit malas..hehehe..

Tapi, takpelah..dah ada orang nak bawak kan, ikut aje lah.. Dipendekkan cerita, lepas jumpa doktor, aku dah tau la aku sakit apa... Alhamdulillah..doa kami termakbul jua..aku disahkan mengandung.. 

"Early stage," kata doktor. 

Banyak nasihat, yang diberikan oleh doktor. Antara larangannya adalah perkara2 yang aku suka, tapi terpaksa aku korbankan.. antaranya... high heels?? aucchh..sebenarnya taklah tinggi sangat, 2 inci je yang selalu aku pakai pergi kerja pun..tinggi ke? tak kan.. biasa la tu..

"abanggg....1 inci boleh..?" sambil buat mata macam puss in boots dalam movie Shrek.
"tak boleh!" tegasnya.
"1/2 inci?"
"tak boleh!! flat terus!!"

Jadi, akibatnya, hari ini hari pertama dalam sejarah hidupku pakai kasut flat pergi kerja.. Rasa agak janggal sikit bila berjalan.

Oh yea..nak tau perasaan aku masa doktor tunjuk visual ultra sound pada skrin? atau masa ujian urine menunjukkan keputusan positif? Hmm...nak cerita macamana ya... hanya orang yang mengalaminya saja yang tahu.. betul tak ibu2? Encik suami? Senyum memanjang sampai ke telinga... hehehe..

Alhamdulillah..aku memang sangat2 bersyukur atas kurniaan ini.. dan bertekad untuk menjaga diri dan kesihatan sebaik-baiknya, demi anak ini. Kami anggapnya hadiah ulang tahun perkahwinan kami yang kedua pada bulan Mei yang semakin menghampiri. Meskipun ada juga kawan2 yang mungkin berpendapat  ia agak lewat,   tapi bagi kami tak mengapa, asalkan Tuhan beri rezeki ini kepada kami... Bagi ku, mungkin Tuhan tidak mahu beri lebih awal lagi, tahun lepas misalnya.. sebab aku masih belum selesai pengajian ku, adakala perlu naik turun tangga pergi lab, jumpa lecturer, dan adakala berjauhan dari suami, perlu naik turun bas, naik turun flight, naik turun LRT... time balik 'timing' tak kena ke..You get the point kan.. huh...emm..takpelah yang tu semua dah lepas.. orang lain tak perlu faham kesusahan ku pun tak apa..asalkan encik suami  memahami.. Lagipun, sekarang aku dah boleh menarik nafas lega sebab dah mula bekerja kembali, dekat dengan suami... dan Tuhan berikan rezeki ini kepada kami...  maka  hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ku, untuk keluarga ku...

Bagi keluarga dan kawan2 yang mendoakan, terima kasih aku ucapkan.. mungkin salah satu atau setiap doa kalian  itu yang Tuhan perkenankan. Namun, setakat ini hanya keluarga terdekat saja yang tahu.. dan seorang dua rakan baik ku sahaja yang tahu. Sebenarnya kalau boleh nak jerit kat satu dunia....hehehe..tapi apa kan daya.. nanti2 lah dulu...pujuk si hati..tunggulah beberapa bulan lagi...