CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 9, 2011

Expecting...

Tinggal 2 bulan lagi..berdebar-debar menantikan kehadiran 'orang baru'.. rasa takut bercampur baur dgn rasa gembira.. persiapan utk baby pun baru dibuat sikit-sikit.. weekend ni nak pergi shopping lah..sementara larat lagi ni.. ini pun perut dah makin memboyot..kalau dok tunggu last minute, takut tak larat nak jalan lak.... 

..Ku berdoa agar semuanya sihat dan selamat...amin..

Saturday, May 28, 2011

Betul ke teori 100 hari?

Pernah dengar orang kata, kalau dok muntah2 masa ngandung, bila usia kandungan dah masuk 100 hari, rasa loya/muntah2 tu akan hilang.. betul ke?? kelmarin hari ke-100, hanya waktu pagi je aku muntah sekali dua..lepas tu, sepanjang hari sampai malam, ok, x muntah.. alhamdulillah.. hari ni..hari ke-101, dan hari baru menjangkau tengahari..dan alhamdulillah aku cuma loya sikit je masa gosok gigi, standard la tu kan...hehe... harap2 betul la teori 100 hari tu.. tak larat dah muntah2 ni...

Tuesday, April 19, 2011

Cabaran minggu ke 5 hingga kini...

Dalam sehari, beberapa kali aku muntah...pagi confirm.. tengahari depends..kalau makan lalu, ada selera, insyaAllah tak muntah..tapi berapa kali je yang aku ada selera pun..selalunya nasi separuh pun tak pernah habis sejak  mengandung.. Bila hari menjangkau senja dan malam.. badan jadi letih semacam..dan mula lah muntah2 balik... sampai la sebelum tidur.. Baru ku tahu..susahnya mengandung.. tanya kawan2, ada yang tak merasa langsung pengalaman muntah2 tu.. rilek jer... jeles pulak dengar..hehe.. tapi, tak apalah..mungkin ini dugaan untuk ku ketika mengandung... harap2 tak berpanjangan..dan tak teruk.. Bab makan tu, paksa diri jugak lah untuk makan..sebelum ni, aku tak demand sangat makan sedap..tapi masa mengandung ni..kalau tak sedap, aku kuis2 sesuap dua je.. nak masak sendiri tak larat.. tapi kadang2 kalau aku larat, masak lah jugak weekend.. ataupun, kalau nak makan sedap, tapi tak nak penat, makan umah mak atau mentua.. huhu...weekend je lah..

Friday, April 1, 2011

Pening Kepala dan Demam


Selama dua malam aku demam dan pening2.. kena hujan kot fikirku. Untuk nak bagi demam kebah, aku just letak tuala basah je kat kepala dan pakai selimut tebal2 masa tidur.. pening sikit2 tu mintak tolong encik suami picit2 je..memang tabiat aku macam tu.. cuba rawatan sendiri dulu, kalau tak berjaya barulah nak pergi klinik dan makan panadol ke.. tak suka bergantung pada 'drugs' sangat.. mujur la bila siang, demam tu dah kebah..boleh pergi kerja macam biasa..tapi yang hairannya malam2 je jadi, siang dah baik..mungkin hasil rawatan tradisional tu kot..hehe... Tapi, bila masuk hari ketiga, aku rasa sakit kepala ku sangat kuat, tunduk je sakit, toleh pun sakit. Tapi demam dah kebah.. Mengadu kat encik suami..encik suami pun berbesar hatilah nak bawak pergi klinik, dah alang-alang dia bercuti hari tu.. Aku ni separuh hati je nak pergi sebenarnya, nanti kalau doktor cek kata tak demam pun (memang suhu dah turun masa ni), nanti doktor tu ingat aku sakit 'M' pulak... hehehhe..tau ke sakit 'M' tu apa? alaa..sakit malas..hehehe..

Tapi, takpelah..dah ada orang nak bawak kan, ikut aje lah.. Dipendekkan cerita, lepas jumpa doktor, aku dah tau la aku sakit apa... Alhamdulillah..doa kami termakbul jua..aku disahkan mengandung.. 

"Early stage," kata doktor. 

Banyak nasihat, yang diberikan oleh doktor. Antara larangannya adalah perkara2 yang aku suka, tapi terpaksa aku korbankan.. antaranya... high heels?? aucchh..sebenarnya taklah tinggi sangat, 2 inci je yang selalu aku pakai pergi kerja pun..tinggi ke? tak kan.. biasa la tu..

"abanggg....1 inci boleh..?" sambil buat mata macam puss in boots dalam movie Shrek.
"tak boleh!" tegasnya.
"1/2 inci?"
"tak boleh!! flat terus!!"

Jadi, akibatnya, hari ini hari pertama dalam sejarah hidupku pakai kasut flat pergi kerja.. Rasa agak janggal sikit bila berjalan.

Oh yea..nak tau perasaan aku masa doktor tunjuk visual ultra sound pada skrin? atau masa ujian urine menunjukkan keputusan positif? Hmm...nak cerita macamana ya... hanya orang yang mengalaminya saja yang tahu.. betul tak ibu2? Encik suami? Senyum memanjang sampai ke telinga... hehehe..

Alhamdulillah..aku memang sangat2 bersyukur atas kurniaan ini.. dan bertekad untuk menjaga diri dan kesihatan sebaik-baiknya, demi anak ini. Kami anggapnya hadiah ulang tahun perkahwinan kami yang kedua pada bulan Mei yang semakin menghampiri. Meskipun ada juga kawan2 yang mungkin berpendapat  ia agak lewat,   tapi bagi kami tak mengapa, asalkan Tuhan beri rezeki ini kepada kami... Bagi ku, mungkin Tuhan tidak mahu beri lebih awal lagi, tahun lepas misalnya.. sebab aku masih belum selesai pengajian ku, adakala perlu naik turun tangga pergi lab, jumpa lecturer, dan adakala berjauhan dari suami, perlu naik turun bas, naik turun flight, naik turun LRT... time balik 'timing' tak kena ke..You get the point kan.. huh...emm..takpelah yang tu semua dah lepas.. orang lain tak perlu faham kesusahan ku pun tak apa..asalkan encik suami  memahami.. Lagipun, sekarang aku dah boleh menarik nafas lega sebab dah mula bekerja kembali, dekat dengan suami... dan Tuhan berikan rezeki ini kepada kami...  maka  hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ku, untuk keluarga ku...

Bagi keluarga dan kawan2 yang mendoakan, terima kasih aku ucapkan.. mungkin salah satu atau setiap doa kalian  itu yang Tuhan perkenankan. Namun, setakat ini hanya keluarga terdekat saja yang tahu.. dan seorang dua rakan baik ku sahaja yang tahu. Sebenarnya kalau boleh nak jerit kat satu dunia....hehehe..tapi apa kan daya.. nanti2 lah dulu...pujuk si hati..tunggulah beberapa bulan lagi...







Wednesday, March 30, 2011

Alhamdulillah...

Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan buat Mu Tuhan Yang Maha Pencipta, Yang Maha Pemberi Rezeki.. kerana memberikan rezeki buat kami sekeluarga dalam pelbagai cara.. Maha Mendengar rintihan doa-doa kami.. Semoga semuanya selamat dan berada dalam perlindungan Mu, Ya Allah... Amin.

p/s: Tahun ni ada banyak sebab untuk ku bersyukur..Alhamdulillah..

Tuesday, March 15, 2011

Lagu Tema Drama Gemilang: Suatu Ketika


Suatu ketika
Kita pernah tertawa
Suatu ketika
Kita pernah berduka
Memori lalu
Tersemat di hatiku
Buat azimat perjalananmu
Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita
Jadi pedoman untuk semua
Takkan mengalah sebelum melangkah
Impian menjadi haluan cita
Rintangan membakar azam di jiwa
Dan cinta bukan hanya kata-kata
Harapan semua anak merdeka
Oh..

Monday, March 7, 2011

Sophie Kinsella - Shopaholic Takes Manhattan



Shopaholic Takes Manhattan, by Sophie Kinsella. I've bought this book last year, in the Malaysia Book Fair, but could only find time to read it recently and of course not until I've read The Secret Dreamworld of A Shopaholic (Confessions of A Shopaholic) first. The book is a second hand from Pay Less Books, so it only costs me about RM 16, but it actually worth more than that. What can I say about this book..The book was hilariously fun! It mixed up my emotion.. sometimes I giggled and sometimes I hold my tears when it comes to the part where a brutal article hurt Becky and ruined her life, her career, and her love. But Becky Bloomwood proved that she's a strong-will girl, and could get control of her life. When she used her brain wisely, she could amused everyone and settled all the problems. But that does not changed her mind to get moving to the Big Apple...New York. And leave Luke. 


But that's not the end of course...you have to read it yourself! As for me..I'm going to read the next book from this series.



Monday, February 28, 2011

MUROC - Malaysia University Robot Competitions

Satu pertandingan robot, MURoC 2011 telah diadakan dengan jayanya pada 26 - 27hb Februari di Dewan 2020, Kangar. Pertandingan yang berlangsung selama dua hari ini merupakan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui Universiti Malaysia Perlis. Edisi kedua yang diadakan ini telah berjaya menghimpunkan sebanyak 20 IPTA  & IPTS yang merangkumi universiti, politeknik & institut teknikal dari seluruh Malaysia. Sebanyak 45 robot telah dipertandingkan dalam 3 kategori berikut :

a) Paintball Robot
b) Fire Fighting Robot
c) Rope Climbing Robot

Selain pertandingan robot, slot pameran turut disertai oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan robotik dan automasi seperti Cytron Technologies, Microchip Technology, Astana Digital Sdn.Bhd., dan banyak lagi. Program pertandingan seperti ini bukan sahaja dapat menarik minat penuntut universiti dalam bidang robotik dan automasi, malah juga kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, serta penduduk setempat.

Keputusan akhir pertandingan menyaksikan UPM mengungguli acara Rope Climbing Robot (johan dan naib johan), juga berjaya menjadi johan dalam acara Fire Fighting Robot, menewaskan UiTM. Bagi acara Paintball Robot pula, UTHM telah berjaya merangkul gelaran johan, manakala UniMAP terpaksa berpuas hati dengan naib johan.

Tahniah kepada semua yang terlibat, terutamanya rakan-rakan staf UniMAP yang menjadi nadi dan penggerak program ini.


Gambar-gambar di sepanjang pertandingan akhir Paintball Robot


 




Gambar-gambar di sepanjang pertandingan akhir Fire Fighting Robot

Dilihat dari skrin



Sophie Kinsella - The Secret Dreamworld of A Shopaholic



I just finished reading a Sophie Kinsella book.. Right now eager to know what will happen to Rebecca's obsession of shopping and the romance between her and Luke in the next book -- 'Shopaholic Takes Manhattan'... Sophie Kinsella..has adding up to my list of favorite authors, besides Judith McNaught of course..Yeah... ^_^

Friday, January 28, 2011

Industrial Visit to Luster Precision Engineering Sdn. Bhd., Sungai Petani, Kedah

The industrial visit which was organized by me was a success! It was held yesterday, on 27th Jan, at the Luster Precision Engineering Sdn. Bhd., Sungai Petani, Kedah. Twenty of first year degree students of Manufacturing Engineering and seven staffs were involved in this visit. 

The factory is specialized in manufacturing the plastic based products such as rubbish bin, casing for electronic devises (charger, cd player, etc), sub assembly and full assembly of plastic parts. Wherein the main process involved in the products manufacturing is plastic injection molding. 

Hopefully the students would not merely enjoying the visit, but also gain knowledge and new experience from the visit.

Observing the process of injection molding machine

One of hundreds of products manufactured by the factory

Mould of rubbish bin

Inspection tools in QC department

 
First year students of Manufacturing Engineering and staffs 
with the HR Manager, Mejar Leong (front right)


Next agenda: Planning for 2nd industrial visit..