CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 29, 2010

Kesyukuran..

Alhamdulillah..pengajianku di sini sudah pun selesai.. esok telah dijadualkan untuk pulang ke utara tanah air.. dan insyaAllah..keesokannya pula bermulalah tugasku sebagai pegawai kerajaan kembali, setelah bercuti sambung belajar selama dua tahun...segala penat lelah berulang dari utara ke KL saban minggu dan berada di kejauhan dari keluarga terasa berbaloi..Cabaran sebagai pelajar telah berjaya ditempuhi dengan ketekunan dan tekad di hati..kini...cabaran sebagai pendidik dan isteri sepenuh masa sedang menantiku..


Memasuki tahun baru dengan cabaran baru..Doaku..semoga tahun baru 2011 ini memberi kemurahan rezeki kepada kami... amin..

Monday, December 20, 2010

9 Hari Mencari ...?

bukan cinta... tapi.. mencari idea.. hehe..
Pagi tadi dah hantar draf tesis kepada supervisor..ada beberapa komen dan pembetulan yang perlu dibuat. Tarikh presentation/viva dah pun ditetapkan minggu depan. Harap-harap dapat siapkan full thesis sebelum presentation tu.. Semuanya kena siap sebelum 29 Disember.. sebab lepas tu kena lapor diri untuk masuk bekerja, cuti belajar ku dah habis... Tak pasti apa perasaanku selepas dua tahun bercuti, nak masuk kerja balik.. excited ada..malas pun ada..hehe.. walaupun begitu, persiapan dah diatur.. kasut baru? dah beli..beg tangan baru? dah beli...hehe...biasa laa..perempuan... 

ok...back to thesis writing...

Thursday, December 9, 2010

Asia Pacific Industrial Engineering & Management Systems (APIEMS) 2010 Conference, Renaissance Hotel, Melaka (7 - 9 Dec 2010)


Alhamdulillah...dah selesai pun persidangan APIEMS 2010. Penyertaan ku kali ni juga adalah pembentangan oral.. dan ia telah menambahkan lagi jumlah penerbitan kertas penyelidikan ku kepada tiga. Masa persidangan ni ada juga terjumpa seorang kawan dari tempat kerja. Dia pun present paper, tapi kami tak sempat nak sembang panjang..

Untuk perancangan masa depan, nak cuba terbitkan paper dalam journal pula...insyaAllah..