CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 28, 2011

MUROC - Malaysia University Robot Competitions

Satu pertandingan robot, MURoC 2011 telah diadakan dengan jayanya pada 26 - 27hb Februari di Dewan 2020, Kangar. Pertandingan yang berlangsung selama dua hari ini merupakan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui Universiti Malaysia Perlis. Edisi kedua yang diadakan ini telah berjaya menghimpunkan sebanyak 20 IPTA  & IPTS yang merangkumi universiti, politeknik & institut teknikal dari seluruh Malaysia. Sebanyak 45 robot telah dipertandingkan dalam 3 kategori berikut :

a) Paintball Robot
b) Fire Fighting Robot
c) Rope Climbing Robot

Selain pertandingan robot, slot pameran turut disertai oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan robotik dan automasi seperti Cytron Technologies, Microchip Technology, Astana Digital Sdn.Bhd., dan banyak lagi. Program pertandingan seperti ini bukan sahaja dapat menarik minat penuntut universiti dalam bidang robotik dan automasi, malah juga kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, serta penduduk setempat.

Keputusan akhir pertandingan menyaksikan UPM mengungguli acara Rope Climbing Robot (johan dan naib johan), juga berjaya menjadi johan dalam acara Fire Fighting Robot, menewaskan UiTM. Bagi acara Paintball Robot pula, UTHM telah berjaya merangkul gelaran johan, manakala UniMAP terpaksa berpuas hati dengan naib johan.

Tahniah kepada semua yang terlibat, terutamanya rakan-rakan staf UniMAP yang menjadi nadi dan penggerak program ini.


Gambar-gambar di sepanjang pertandingan akhir Paintball Robot


 




Gambar-gambar di sepanjang pertandingan akhir Fire Fighting Robot

Dilihat dari skrin



Sophie Kinsella - The Secret Dreamworld of A Shopaholic



I just finished reading a Sophie Kinsella book.. Right now eager to know what will happen to Rebecca's obsession of shopping and the romance between her and Luke in the next book -- 'Shopaholic Takes Manhattan'... Sophie Kinsella..has adding up to my list of favorite authors, besides Judith McNaught of course..Yeah... ^_^