CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 29, 2010

Kesyukuran..

Alhamdulillah..pengajianku di sini sudah pun selesai.. esok telah dijadualkan untuk pulang ke utara tanah air.. dan insyaAllah..keesokannya pula bermulalah tugasku sebagai pegawai kerajaan kembali, setelah bercuti sambung belajar selama dua tahun...segala penat lelah berulang dari utara ke KL saban minggu dan berada di kejauhan dari keluarga terasa berbaloi..Cabaran sebagai pelajar telah berjaya ditempuhi dengan ketekunan dan tekad di hati..kini...cabaran sebagai pendidik dan isteri sepenuh masa sedang menantiku..


Memasuki tahun baru dengan cabaran baru..Doaku..semoga tahun baru 2011 ini memberi kemurahan rezeki kepada kami... amin..

Monday, December 20, 2010

9 Hari Mencari ...?

bukan cinta... tapi.. mencari idea.. hehe..
Pagi tadi dah hantar draf tesis kepada supervisor..ada beberapa komen dan pembetulan yang perlu dibuat. Tarikh presentation/viva dah pun ditetapkan minggu depan. Harap-harap dapat siapkan full thesis sebelum presentation tu.. Semuanya kena siap sebelum 29 Disember.. sebab lepas tu kena lapor diri untuk masuk bekerja, cuti belajar ku dah habis... Tak pasti apa perasaanku selepas dua tahun bercuti, nak masuk kerja balik.. excited ada..malas pun ada..hehe.. walaupun begitu, persiapan dah diatur.. kasut baru? dah beli..beg tangan baru? dah beli...hehe...biasa laa..perempuan... 

ok...back to thesis writing...

Thursday, December 9, 2010

Asia Pacific Industrial Engineering & Management Systems (APIEMS) 2010 Conference, Renaissance Hotel, Melaka (7 - 9 Dec 2010)


Alhamdulillah...dah selesai pun persidangan APIEMS 2010. Penyertaan ku kali ni juga adalah pembentangan oral.. dan ia telah menambahkan lagi jumlah penerbitan kertas penyelidikan ku kepada tiga. Masa persidangan ni ada juga terjumpa seorang kawan dari tempat kerja. Dia pun present paper, tapi kami tak sempat nak sembang panjang..

Untuk perancangan masa depan, nak cuba terbitkan paper dalam journal pula...insyaAllah..

Friday, November 26, 2010

Zamizan's Collection reaches 100 Fans

Alhamdullillah..semoga bertambah lah lagi peminat Zamizan's Collection...
dan semoga maju jaya... 
TQ for all the supporters..

Friday, November 12, 2010

Seven Best Ways to Burn Fat

Tadi baru balik dari shopping therapy...best..sbb ada 4 huruf ni: S.A.L.E... tapi yang nak dicoretkan kat sini bukan tentang beli apa..tapi tentang macamana nak kuruskan badan ni... sebab bila try fitting baju..baru nak perasan...huhu..risau..risau...
Bila online dan buka page Yahoo! keluar pulak tajuk yang kat atas tu.. macam tau2 je..hehe..jadi nak copy kat sini lah.. isi penting saja...

1.Inline skating
  Burns 425 calories in 30 minutes

2. Running
  Burns 374 calories in 30 minutes

3. Jumping rope
  Burns 340 calories in 30 minutes

4. Hula hooping
  Burns 300 calories in 30 minutes

5. Tennis
  Burns 272 calories in 30 minutes

6. Dancing
  Burns 221 calories in 30 minutes

7. Walking vigorously
  Burns 170 calories in 30 minutes

Jadi, yang mana satu pilihan anda...




Wednesday, November 10, 2010

Struggling to Make A Conference Poster

Hehe..sebenarnya takde lah struggling sangat.. cuma 'liat'.. walaupun ni kali ketiga nak present paper kat conference, bezanya sebelum ni adalah oral presentation.. tapi kali ni rasa macam nak try buat poster presentation pulak. Beza yang jelasnya especially untuk aku ialah oral presentation ni kalau last minute preparation pun tak pe, sempat jek kalau mlm tu nak edit slide.. (kes pernah buat lah ni..hehe) tapi kalau poster presentation ni nak kena ready awal...sbb nanti nak kena hantar kat kedai printing.. jadi, masalah lah sikit untuk aku yang suka buat kerja last minute ni...hehe.. nak buat camana.. ability to perform best when working in pressure.. ;-P

Ok, berdasarkan beberapa rujukan kat internet yang aku baca, tips untuk buat poster presentation ni bolehlah diringkaskan kepada :-

1. Maklumat jangan terlalu padat, sampai penuh poster. Tinggalkan space sikit agar 'tenang' orang nak baca.
2. Perenggan / gambarajah tersusun. Atau kalau nak senang, nomborkan atau buat anak panah.
3. Text boleh dilihat dalam jarak 5 kaki.
4. Data yang ada angka lebih sesuai dipaparkan dalam bentuk graf daripada bentuk jadual.
5. Tajuk jadual/gambarajah hendaklah ringkas.
6. Penggunaan perkataan yang minima. Minimumkan penggunaan blok perkataan dan perenggan.
7. Gunakan perkataan (text) untuk:
  • pendahuluan kajian
  • kenapa kajian dijalankan
  • untuk menerangkan visual (gambarajah)
  • untuk menerangkan data 
  • kesimpulan
jadi, kesimpulannya adalah..
'SIMPLICITY IS THE KEY'


p/s: Mungkin ini hanyalah sebahagian saja.. aku pun tak habis search sangat..cuma nak cari idea saja nak memulakan.. apapun, tips bukanlah format.. Format maknanya wajib, tapi tips hanyalah cadangan.. Yang pasti, aku nak berpegang pada kata kunci tu...'simplicity'...
 

Tuesday, October 19, 2010

Another obstacle...

Lepas satu...satu problem yg menimpa... susahnya nak mencapai cita2... apa yg dirancang semuanya tergendala... semuanya tak ikut jadual... ada saja perkara yg tak menjadi...
perjalanan studi ku di sini, especially yg last portion ni sama je macam perjalanan ku dalam kampus ni... byk sgt speed bump dlm kampus ni... tu kejap2 kena slow n tersangkut2 tu... aduhyai...
adakah sbb nawaitu tak betul ke...? rasanya nawaitu betul dah...nak mempertingkatkan taraf hidup kami...bersyukur apa yg ada...tp tak salah kalau nak memajukan diri dlm karier...
harap2 kali ni semuanya ok...
moga Allah permudahkan segala urusanku...amin...

Saturday, May 22, 2010

Zamizan's Collection

Zamizan's Collection, butik online yang ada menjual tudung 'instant' yang mudah pemakaiannya. Ketika ini, jualan tudung adalah spesifik kepada tudung jenis 'twist' jenama NuNuh yang mula mendapat tempat di hati muslimah kerana kualitinya yang tinggi, namun pada harga yang mampu milik.

Harapan kami agar butik ini akan berjaya dan mempunyai rangkaian produk yang lebih banyak untuk memenuhi gaya muslimah trendy.


klik sini:

Wednesday, May 19, 2010

Amanah perlu dilaksanakan...

Dah lama aku tak update blog ni.. Emm..nak mulakan dengan apa ye...

16 Mei yang lalu..satu tarikh keramat dalam hidupku..Hari Guru..bukan itu saja, tahun ini adalah pertama kali aku menyambut ulang tahun perkahwinanku...
Rupanya setahun telah berlalu...Asam garam rumah tangga ku, macam orang lain juga...tentu ada manis dan masamnya.. pelengkap rasa..cuma perlu diingatkan dalam diri agar saling memahami dan bertolak ansur...

Terima kasih suami ku kerana memberi ruang dan peluang untuk ku bergelar seorang isteri, menjadi permaisuri hati mu... Moga istana kita ini akan tersergam indah sentiasa dan diserikan dengan putera-puteri yang mendamaikan hati...

Sehari setelah anniversary kami...suamiku pulang ke negeri asalnya. Dan aku kembali menjadi pelajar, terpaksa tinggal di asrama, tatkala pelajar lain pulang ke pangkuan keluarga... Mujur ada sekelumit keberanian dalam diriku..cuma masalah kesunyian sahaja yang membelenggu... baru tiga hari aku di sini, perasaan ingin pulang meluak-luak... Namun..akal mengingatkan..ada amanah yang perlu dilaksanakan... cuma tinggal empat bulan lagi untuk ku menyempurnakan thesis ku.. sempat ke..?? sempat atau tidak..perlu disiapkan juga...perlu disiplinkan diri...

Although..I miss my job.. I miss my students..I miss my colleagues...


Thursday, March 4, 2010

Photo shoot at Kuala Perlis

ke pesisir pantai Kuala Perlis.. menemani suamiku yg baru nk berjinak2 dgn hobi barunya...fotografi. berbekalkan semangat  yg berkobar2 nk mencuba kamera yg baru 2 hari dibelinya.. sambil teman tu, dapat la aku ambil beberapa shot guna kamera digital ku, Fujifilm Finepix..


Jalan-jalan ke Terengganu


Kerabu Tauge


(hidangan utk 1-2 org)

200g tauge
4 sd bsr santan
2 sd bsr kerisik
1 bj cili merah
1 bj bwg besar
segenggam ikan bilis goreng
garam

cara-cara:
1. tumbuk ikan bilis goreng, asingkan.
2. tumbuk cili merah dan kerisik. Hiriskan bawang besar. Celurkan tauge seketika.
3. panaskan santan, masukkan cili dan kerisik tadi serta garam. Bila mendidih, gaulkan bersama tauge, bawang besar dan ikan bilis tumbuk.