CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 3, 2012

SAFETY CHALLENGE (TREASURE HUNT) UNIMAP 2012

"Hero kalah dulu."
Itu kata-kata ku bila encik suami tanya kedudukan kumpulan kami yang terdiri daripada empat jelitawan Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan ketika di Checkpoint ke-2. Apa tidaknya..kumpulan kami adalah yang terakhir meninggalkan Checkpoint ke-2, menuju ke check point ke-3. Kelewatan kami disebabkan kami mengalami masalah mencari jawapan ketika di Checkpoint ke-2. Pada kami, biar lambat asal selamat..

Namun benarlah kata pepatah, malang tidak berbau, di Checkpoint ke-3 kami mengalami kemalangan kecil. Ia tidak melibatkan kecederaan fizikal, namun ia telah meninggalkan kesan kemik sedikit kepada Benny, nama manja yang diberi oleh tuan punya kereta Honda City yang digunakan. Nama kumpulan ini juga diambil bersempena nama kereta ini..

Ini gambar-gambar yang sempat aku ambil ketika beberapa pekerja pusat servis kereta dan ada beberapa peserta treasure hunt lain yang turut menolong. Mujur juga kejadian ini berlaku berdekatan dengan pusat servis kereta, kerana mereka ada peralatan yang dapat digunakan dalam usaha mengangkat kereta keluar dari longkang.

Tidak dinafikan, peristiwa ini turut meninggalkan kesan trauma kepada kami yang sedang bertanding dalam pertandingan Treasure Hunt ini. Apa pun, kami tetap meneruskan pertandingan ini dengan harapan yang kian menipis. 

Namun, setiap yang berlaku ada hikmahnya.. siapa sangka..kami menang tempat PERTAMA.. caya lah...hehe...







Tuesday, May 1, 2012