CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 3, 2012

SAFETY CHALLENGE (TREASURE HUNT) UNIMAP 2012

"Hero kalah dulu."
Itu kata-kata ku bila encik suami tanya kedudukan kumpulan kami yang terdiri daripada empat jelitawan Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan ketika di Checkpoint ke-2. Apa tidaknya..kumpulan kami adalah yang terakhir meninggalkan Checkpoint ke-2, menuju ke check point ke-3. Kelewatan kami disebabkan kami mengalami masalah mencari jawapan ketika di Checkpoint ke-2. Pada kami, biar lambat asal selamat..

Namun benarlah kata pepatah, malang tidak berbau, di Checkpoint ke-3 kami mengalami kemalangan kecil. Ia tidak melibatkan kecederaan fizikal, namun ia telah meninggalkan kesan kemik sedikit kepada Benny, nama manja yang diberi oleh tuan punya kereta Honda City yang digunakan. Nama kumpulan ini juga diambil bersempena nama kereta ini..

Ini gambar-gambar yang sempat aku ambil ketika beberapa pekerja pusat servis kereta dan ada beberapa peserta treasure hunt lain yang turut menolong. Mujur juga kejadian ini berlaku berdekatan dengan pusat servis kereta, kerana mereka ada peralatan yang dapat digunakan dalam usaha mengangkat kereta keluar dari longkang.

Tidak dinafikan, peristiwa ini turut meninggalkan kesan trauma kepada kami yang sedang bertanding dalam pertandingan Treasure Hunt ini. Apa pun, kami tetap meneruskan pertandingan ini dengan harapan yang kian menipis. 

Namun, setiap yang berlaku ada hikmahnya.. siapa sangka..kami menang tempat PERTAMA.. caya lah...hehe...







Tuesday, May 1, 2012

Monday, March 26, 2012

ASTANA IDAMAN: KABINET DAPUR

gambar hiasan 

Astana la sangat..hehe..rumah semi-D setingkat je pun... 
Edisi kabinet dapur:-  Minggu lepas dah buat study dan survey2 kitchen cabinet. Jadi, aku nak kongsi lah serba sedikit dengan pembaca di luar sana (ada ke..? hehe..) Antara perkara penting yang menjadi isu adalah material/ bahan untuk dibuat kabinet. Kabinet dapur ni bolehlah dibahagi kepada 2 bahagian secara am, iaitu table top dan body (pintu lah tu). Table top ada banyak jenis..granite, quartz stone, solid surface, tile, dll. Body atau pintu ni pun ada macam2 jenis material: melamin, acrylic, kayu, glass, stainless steel, dll.

Kawasan perumahan aku ni adalah tergolong dalam kawasan yang berisiko untuk mengalami banjir. Jadi, faktor utama dalam pemilihan bahan untuk kabinet dapur ni, bagi aku..adalah ia mestilah yang mempunyai kebarangkalian yang paling minimum untuk rosak akibat banjir...skema tak ayat..hehe... 

Sebenarnya, penyelesaiannya hanyalah satu....STAINLESS STEEL. gerenti tak kembang/karat/rosak. Tapi, 'stainless steel' ni tak cantiklah..tambah pulak harga dia agak mahal.. tak mengapa..ada lagi bahan lain. Table top 'granite' pun cantik sangat..tambahan ada kilauan seolah2 berlian..rasa bersilau je mata..hehe... harga pun bersilau mata jugak..selain permukaan yang berkilat, kelebihan granite ni dari segi ketahanan, dan penyambungan yang minimum. maksudnya mungkin ada satu garis penyambungan (joining) sahaja kalau nak buat dapur bentuk 'L'. Kalau dapur yang lurus sahaja, memang tak ada lah garis penyambungan ni. Garis penyambungan/joining ni bukan apa, ia akan nampak lebih kemas, dan kuranglah kekotoran nak melekat kat situ. Warna granite ni kebanyakannya terdiri dari warna2 gelap.

 'Quartz stone' pun cantik dan berkilat....rupa2nya ia pun asalnya daripada batu granite yang diproses, kira hasil saki baki la kot..tapi harganya lebih mahal daripada granite..mungkin sebab harga kos pemprosesan semula tu agaknya. Lagi satu, 'solid surface'.. satu lagi bahan untuk table top. Kelebihannya adalah, ia tak ada langsung garis penyambungan, jadi ia akan nampak lebih kemas.. Biasanya solid surface ni berwarna putih. Kekurangannya adalah, kurang ketahanan terhadap haba, calar, warna bahan2 masakan (cth: kunyit).  Disebabkan itu, ia lebih sesuai digunakan untuk 'dry kitchen'.

'Tile' atau jubin ni macam biasalah..ramai orang guna tile untuk table top sebab ketahanan tinggi terhadap haba, calar, lagipun, ia lebih murah. Cuma pemasangannya hendaklah dipasang dengan konkrit. Jadi kalau nak buat renovation pada dapur, kena pecahkan tile dengan konkritnya. Lagi satu kekurangannya adalah terdapat banyak garis penyambungan. Kalau guna saiz 2' x 2' oklah, kurang sket garis penyambungannya, nampak lebih kemas dan bersih. Sekarang pun ada pelbagai rekabentuk corak tile yang menarik, corak seolah2 granite pun ada..

Untuk pintu pula, terserahlah..kalau rumah tak berisiko banjir, pakai apa pun ok..dari segi kecantikan, glass lah paling cantik (bagi aku) sebab berkilat dan berciri moden. Kayu pula akan membuatkan dapur nampak lebih klasik atau english style. Melamin dan acrylic pun ok, murah..tapi dari segi ketahanan, agak kurang..

Semuanya terserah kepada bajet..dan faktor2 lain..

Thursday, March 1, 2012

Penghargaan Buat Ibu...

Entri kali ni rasa nak tulis betapa hebatnya kasih dan pengorbanan ibu.. Bila aku dah jadi seorang ibu ni bertambah2 lah rasa kagum dan sayang kepada mak sebab kita dah melalui pengalaman itu sendiri.. Rasa menyesal juga ada bila teringat dulu ada juga pernah meninggi suara pada mak, especially masa remaja dulu.. kadang2 melawan cakap... tapi bukanlah teruk sangat.. hmm..tapi..sedangkan berkata 'ah' pun dah berdosa..
Patutlah Nabi Muhammad S.A.W pun bersabda ibu yang perlu didahulu kan bila ditanya tiga kali oleh sahabat. Betapa hebatnya seorang ibu.. Teringat mak aku dulu..masa kami nak ke sekolah sempat lagi sediakan breakfast, sediakan bekalan makanan ke sekolah.. masak untuk lauk tengahari, setiap hari, itu rutin mak sebelum pergi kerja.. Tengahari balik rumah sekejap untuk makan, breastfeed adik2.. lepas tu pergi kerja balik. Malam kena masak lagi.. Aku pun tak mungkin dapat buat seperti mak aku.. balik kerja dah letih..nak masak pun..kadang2 je.. mungkin dalam seminggu tu adalah 3-4 kali masak makan malam... selebihnya sempat masak nasi je, lauk beli.. nak buat camana.. anak kecil ku yang seorang tu..time maghrib tu lah dia nak menyusu lah (bf)..dan bila nak tidur, nak kena dodoikan sekejap.. Kerja2 rumah yang lain pun kena buat.. tidur yang lena sanggup dikorbankan demi menyusukan anak di tengah malam.. Aku bukan mengeluh...ini bukan keluhan..jangan salah faham.. aku cuma nak menyatakan betapa hebatnya kasih dan pengorbanan ibu kita.. hebatnya kasih seorang ibu..melebihi kasih seorang bapa... jadi sayangilah ibu anda...jangan menderhaka...