CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 26, 2012

ASTANA IDAMAN: KABINET DAPUR

gambar hiasan 

Astana la sangat..hehe..rumah semi-D setingkat je pun... 
Edisi kabinet dapur:-  Minggu lepas dah buat study dan survey2 kitchen cabinet. Jadi, aku nak kongsi lah serba sedikit dengan pembaca di luar sana (ada ke..? hehe..) Antara perkara penting yang menjadi isu adalah material/ bahan untuk dibuat kabinet. Kabinet dapur ni bolehlah dibahagi kepada 2 bahagian secara am, iaitu table top dan body (pintu lah tu). Table top ada banyak jenis..granite, quartz stone, solid surface, tile, dll. Body atau pintu ni pun ada macam2 jenis material: melamin, acrylic, kayu, glass, stainless steel, dll.

Kawasan perumahan aku ni adalah tergolong dalam kawasan yang berisiko untuk mengalami banjir. Jadi, faktor utama dalam pemilihan bahan untuk kabinet dapur ni, bagi aku..adalah ia mestilah yang mempunyai kebarangkalian yang paling minimum untuk rosak akibat banjir...skema tak ayat..hehe... 

Sebenarnya, penyelesaiannya hanyalah satu....STAINLESS STEEL. gerenti tak kembang/karat/rosak. Tapi, 'stainless steel' ni tak cantiklah..tambah pulak harga dia agak mahal.. tak mengapa..ada lagi bahan lain. Table top 'granite' pun cantik sangat..tambahan ada kilauan seolah2 berlian..rasa bersilau je mata..hehe... harga pun bersilau mata jugak..selain permukaan yang berkilat, kelebihan granite ni dari segi ketahanan, dan penyambungan yang minimum. maksudnya mungkin ada satu garis penyambungan (joining) sahaja kalau nak buat dapur bentuk 'L'. Kalau dapur yang lurus sahaja, memang tak ada lah garis penyambungan ni. Garis penyambungan/joining ni bukan apa, ia akan nampak lebih kemas, dan kuranglah kekotoran nak melekat kat situ. Warna granite ni kebanyakannya terdiri dari warna2 gelap.

 'Quartz stone' pun cantik dan berkilat....rupa2nya ia pun asalnya daripada batu granite yang diproses, kira hasil saki baki la kot..tapi harganya lebih mahal daripada granite..mungkin sebab harga kos pemprosesan semula tu agaknya. Lagi satu, 'solid surface'.. satu lagi bahan untuk table top. Kelebihannya adalah, ia tak ada langsung garis penyambungan, jadi ia akan nampak lebih kemas.. Biasanya solid surface ni berwarna putih. Kekurangannya adalah, kurang ketahanan terhadap haba, calar, warna bahan2 masakan (cth: kunyit).  Disebabkan itu, ia lebih sesuai digunakan untuk 'dry kitchen'.

'Tile' atau jubin ni macam biasalah..ramai orang guna tile untuk table top sebab ketahanan tinggi terhadap haba, calar, lagipun, ia lebih murah. Cuma pemasangannya hendaklah dipasang dengan konkrit. Jadi kalau nak buat renovation pada dapur, kena pecahkan tile dengan konkritnya. Lagi satu kekurangannya adalah terdapat banyak garis penyambungan. Kalau guna saiz 2' x 2' oklah, kurang sket garis penyambungannya, nampak lebih kemas dan bersih. Sekarang pun ada pelbagai rekabentuk corak tile yang menarik, corak seolah2 granite pun ada..

Untuk pintu pula, terserahlah..kalau rumah tak berisiko banjir, pakai apa pun ok..dari segi kecantikan, glass lah paling cantik (bagi aku) sebab berkilat dan berciri moden. Kayu pula akan membuatkan dapur nampak lebih klasik atau english style. Melamin dan acrylic pun ok, murah..tapi dari segi ketahanan, agak kurang..

Semuanya terserah kepada bajet..dan faktor2 lain..

1 comment:

  1. Aslm. Buat di mane? Boleh recommend tak? Saya di perlis juga, tgh survey2 kitchen kabinet. TQ

    ReplyDelete