Sunday, October 11, 2009
Wednesday, October 7, 2009
Kerabu Kacang Kelisa (Kcg Botol)
Bahan-bahan:
8-10 bj kacang kelisa (kcg botol)
1/2 kuntum bunga kantan
1/2 bj bawang besar
1/2 bj tomato
1/2 bj limau nipis
1 ekor ikan kembung
2 bj cili merah
1 cwn air
1 sudu besar kerisik
garam
gula
Cara-cara:
8-10 bj kacang kelisa (kcg botol)
1/2 kuntum bunga kantan
1/2 bj bawang besar
1/2 bj tomato
1/2 bj limau nipis
1 ekor ikan kembung
2 bj cili merah
1 cwn air
1 sudu besar kerisik
garam
gula
Cara-cara:
- Masukkan ikan, air dan sedikit garam ke dalam periuk, masak hingga mendidih. Air hendaklah sekadar setakat menenggelamkan ikan. Ambil isi ikan.
- Tumbuk cili merah, isi ikan, kerisik, gula dan garam.
- Hiriskan kacang kelisa (kcg botol), bunga kantan, bawang besar dan tomato.
- Campurkan bahan tumbuk dengan bahan yg dihiris tadi ke dalam mangkuk. Masukkan air rebusan ikan dan perahan limau nipis. Gaul-gaulkan bahan tersebut dan hidangkan.
Monday, October 5, 2009
Puding Jagung
Hari ni teringin nak makan makanan manis... jd ptg td saya masak puding jagung.. best... ^_^
bagi kat mertua sket...
senang je nak membuatnya.....
Bahan-bahan:
1 tin jagung manis
1 bungkus agar-agar (12g)
3 sudu tepung kastard
1 cwn susu cair
3 cwn air
6 sudu gula
sedikit garam
Cara-cara:
bagi kat mertua sket...
senang je nak membuatnya.....
Bahan-bahan:
1 tin jagung manis
1 bungkus agar-agar (12g)
3 sudu tepung kastard
1 cwn susu cair
3 cwn air
6 sudu gula
sedikit garam
Cara-cara:
- Masak agar-agar, air dan gula hingga larut.
- Sementara itu, campurkan tepung kastard ke dalam susu cair, kacau2kan agar sebati. Tapiskan.
- Masukkan jagung manis, campuran tepung kastard tadi dan sedikit garam.
- Kacau hingga pekat. Tuangkan ke dalam bekas, dan sejukkan.
Thursday, October 1, 2009
Sup Petola
Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
1 bj petola
1/2 bj lobak merah
2 bj ubi kentang
1 bj jagung muda
1 bj telur ayam
2 gelas air
daun sup dan daun bawang
minyak
garam
Cara-cara:
- Hiris bawang putih dan tumiskan dengan minyak. Setelah agak garing, masukkan ikan bilis dan kemudian air.
- Masukkan ubi kentang yang telah dibelah empat.
- Masukkan hirisan lobak merah, petola dan jagung muda.
- Setelah mendidih dan ubi kentang hampir empuk, masukkan garam.
- Perlahankan api dan masukkan telur. Setelah telur masak, boleh lah dihidangkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup.
Subscribe to:
Posts (Atom)