Satu pertandingan robot, MURoC 2011 telah diadakan dengan jayanya pada 26 - 27hb Februari di Dewan 2020, Kangar. Pertandingan yang berlangsung selama dua hari ini merupakan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui Universiti Malaysia Perlis. Edisi kedua yang diadakan ini telah berjaya menghimpunkan sebanyak 20 IPTA & IPTS yang merangkumi universiti, politeknik & institut teknikal dari seluruh Malaysia. Sebanyak 45 robot telah dipertandingkan dalam 3 kategori berikut :
a) Paintball Robot
b) Fire Fighting Robot
c) Rope Climbing Robot
Selain pertandingan robot, slot pameran turut disertai oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan robotik dan automasi seperti Cytron Technologies, Microchip Technology, Astana Digital Sdn.Bhd., dan banyak lagi. Program pertandingan seperti ini bukan sahaja dapat menarik minat penuntut universiti dalam bidang robotik dan automasi, malah juga kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, serta penduduk setempat.
Keputusan akhir pertandingan menyaksikan UPM mengungguli acara Rope Climbing Robot (johan dan naib johan), juga berjaya menjadi johan dalam acara Fire Fighting Robot, menewaskan UiTM. Bagi acara Paintball Robot pula, UTHM telah berjaya merangkul gelaran johan, manakala UniMAP terpaksa berpuas hati dengan naib johan.
Tahniah kepada semua yang terlibat, terutamanya rakan-rakan staf UniMAP yang menjadi nadi dan penggerak program ini.
Gambar-gambar di sepanjang pertandingan akhir Paintball Robot
Gambar-gambar di sepanjang pertandingan akhir Fire Fighting Robot
Dilihat dari skrin
No comments:
Post a Comment