Bahan-bahan:-
2 mangkuk nasi putih
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 btg kacang panjang
1/2 bj lobak merah
3 bj cili padi
2 ekor sotong
ikan bilis goreng
minyak
garam
Cara-cara:-
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah.
- Masukkan sotong yg telah dipotong-potong.
- Kemudian, masukkan lobak merah (dipotong dadu), dan kacang panjang (dihiris), serta cili padi. Masukkan garam.
- Masukkan nasi putih, gaulkan rata.
- Hidangkan dengan ikan bilis goreng.
Nama masakan ni husband saya yg beri...sbb saya masukkan sotong dlm masakan ni...
No comments:
Post a Comment